MALAY S IA
Warta Kerajaan
S E R I PAD U KA BAG I N DA DITERBITKAN DENGAN KUASA
HIS MAJESTY’S GOVERNMENT GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 56 No. 3
10hb Februari 2012
P.U. (A) 41.
TAMBAHAN No. 16 PERUNDANGAN (A)
AKTA LEMBAGA KOKO MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1988
Peraturan-Peraturan Lembaga Koko Malaysia 2012 SUSUNAN PERATURAN-PERATURAN
Peraturan
1. Nama dan permulaan kuat kuasa
3. Pelesenan
2. Tafsiran 4. Pendaftaran 5. Kad penggred
6. Permohonan bagi lesen
8. Pemberian kelulusan bagi permohonan lesen
7. Butir lanjut dan temuduga 9. Tempoh sah lesen
P.U. (A) 41.
280
Peraturan
10. Pematuhan syarat dan sekatan yang dikenakan ke atas lesen 11. Pematuhan undang-undang lain
12. Permohonan bagi membaharui lesen 13. Penyerahhakan lesen 14. Salinan lesen yang diperakui sah
15. Pempameran lesen dan slip pembaharuan lesen 16. Pembatalan atau penggantungan lesen 17. Penarikan balik lesen 18. Kebenaran untuk memasuki premis berlesen 19. Kebenaran untuk mengambil sampel 20. Penggredan biji koko kering atau keluaran separa siap untuk dibeli, dsb. 21. Larangan terhadap mengeksport dan mengimport bahan tanaman koko 22. Pengisytiharan pemindahan koko 23. Fi 24. Borang 25. Pembatalan 26. Peruntukan kecualian dan peralihan Jadual Pertama Jadual Kedua
281
P.U. (A) 41.
AKTA LEMBAGA KOKO MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1988 Peraturan-Peraturan Lembaga Koko Malaysia 2012 Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 11 Akta Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 1988 [Akta 343], Menteri setelah berunding dengan Lembaga, membuat peraturan-peraturan berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Lembaga Koko Malaysia 2012. (2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 10 Februari 2012. Tafsiran 2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “agensi penggredan koko” ertinya mana-mana badan, firma, syarikat atau badan berkanun yang berdaftar dengan Lembaga untuk menggred biji koko atau keluaran koko dan mengeluarkan suatu sijil penggredan bagi maksud mengeksport atau mengimport; “biji koko basah” ertinya biji koko segar yang diperoleh setelah buah koko dibelah; “biji koko kering” ertinya biji koko yang telah melalui proses pengeringan; “fermentasi” ertinya suatu proses apabila biji koko basah melalui perubahan biokima yang menukar bentuk fizikal dan kandungan kokonya; “gred” ertinya penentuan gred bagi biji koko mengikut penentuan standard yang diisytiharkan menurut Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549]; “lesen” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah peraturan 3; “keluaran separa siap” ertinya likuor koko, mentega koko, koko berbuku dan serbuk koko; “membeli” termasuklah untuk memperoleh bagi suatu balasan selain wang; “memproses biji koko basah” ertinya apa-apa pelaksanaan bagi satu atau lebih aktiviti yang berkaitan dengan fermentasi, pengeringan, pembersihan dan penyisihan;
P.U. (A) 41.
282
“pedagang keluaran separa siap” ertinya seseorang yang memegang suatu lesen yang sah untuk menjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam subperaturan 3(2); “pedagang koko” ertinya seseorang yang memegang suatu lesen yang sah untuk menjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam subperaturan 3(1); “pegawai yang diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 23a Akta; “penggred” ertinya mana-mana orang termasuklah suatu agensi penggredan koko, berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu kad penggred yang dikeluarkan oleh Lembaga; “penggredan” ertinya aktiviti menentukan gred biji koko, keluaran koko atau bahan tanaman koko; “pengisar koko” ertinya seseorang yang memegang suatu lesen yang sah untuk menjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam subperaturan 3(3); “peniaga biji koko basah” ertinya mana-mana orang yang membeli dan memproses biji koko basah menjadi biji koko kering; “premis berlesen” merujuk kepada premis yang disebut dalam lesen; dan “pendaftaran” ertinya suatu pendaftaran apa-apa aktiviti di bawah peraturan 4. Pelesenan 3. (1) Mana-mana orang yang—
(a) membeli, menjual, memindah dan menyimpan bahan tanaman koko;
(b) membeli atau memproses biji koko basah;
(d) menjalankan gabungan mana-mana atau semua aktiviti di bawah perenggan (a), (b) dan (c),
(c) membeli, menjual, mengimport atau mengeksport biji koko kering; atau
hendaklah memohon untuk suatu lesen yang sah sebagai seorang pedagang koko dengan Lembaga. (2) Mana-mana orang yang membeli, menjual, memindah, menyimpan, mengimport atau mengeksport keluaran separa siap hendaklah memohon suatu lesen yang sah sebagai seorang pedagang keluaran separa siap dengan Lembaga. (3) Mana-mana orang yang mengisar biji koko kering yang dibeli atau diimport kepada keluaran separa siap untuk tujuan jualan atau eksport hendaklah memohon untuk suatu lesen yang sah sebagai seorang pengisar koko dengan Lembaga.
283
P.U. (A) 41.
(4) Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Pendaftaran 4. (1) Mana-mana orang yang—
(a) memiliki kurang daripada enam hektar ladang koko dan memproses biji koko basah, hendaklah mendaftar dengan Lembaga sebagai seorang pekebun kecil; atau (b) membekalkan bahan tanaman koko percuma, hendaklah mendaftar dengan Lembaga sebagai seorang pembekal bahan tanaman koko.
(2) Tertakluk kepada peraturan 5, mana-mana orang yang memeriksa dan menggred biji koko kering dan mengeluarkan perakuan penggredan untuk tujuan import atau eksport hendaklah mendaftar dengan Lembaga sebagai penggred. (3) Mana-mana pendaftaran yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau (2) hendaklah dibuat dalam Borang 2 sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. (4) Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Kad penggred 5. Bagi maksud subperaturan 4(2), tiap-tiap penggred hendaklah mempunyai suatu kad penggred yang dikeluarkan oleh Lembaga dalam apa-apa cara dan bentuk sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Lembaga. Permohonan bagi lesen 6. Suatu permohonan bagi lesen di bawah peraturan 3 hendaklah dibuat dalam Borang 1 sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua. Butir lanjut dan temuduga 7. (1) Apabila menerima suatu permohonan bagi suatu lesen, Lembaga boleh, jika ia menghendaki selanjutnya butir, maklumat atau dokumen lain untuk membolehkan Lembaga menimbangkan permohonan itu dengan adil, menghendaki pemohon itu memberi butir, maklumat atau dokumen itu atau hadir di hadapan Lembaga atau mana-mana jawatankuasa atau pegawainya untuk ditemuduga.
P.U. (A) 41.
284
(2) Dalam keadaan kehadiran pemohon adalah dikehendaki oleh Lembaga, pemohon itu boleh hadir dengan sendiri atau melalui seseorang yang diberi kuasa secara bertulis untuk hadir bagi pihak pemohon itu. Pemberian kelulusan bagi permohonan lesen 8. (1) Setelah kelulusan suatu permohonan yang dibuat di bawah peraturan 6, Lembaga hendaklah menyebabkan suatu notis dihantar kepada pemohon memaklumkannya mengenai kelulusan itu, dan syarat dan sekatan yang Lembaga telah putuskan untuk dikenakan ke atas lesen itu berserta dengan keperluan untuk mengemukakan bayaran fi bagi lesen itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. (2) Setelah fi di bawah subperaturan (1) diterima, Lembaga hendaklah mengeluarkan kepada pemegang lesen, lesen yang sepatutnya, tertakluk kepada syarat dan sekatan yang boleh dikenakan oleh Lembaga. (3) Lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah subperaturan (2) hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga. Tempoh sah lesen 9. Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan atau diperbaharui adalah sah bagi tempoh satu tahun atau suatu tempoh yang lebih lama tetapi tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari tarikh lesen itu dikeluarkan atau diperbaharui. Pematuhan syarat dan sekatan yang dikenakan ke atas lesen 10. (1) Tiada seseorang pun boleh melanggar syarat dan sekatan yang dikenakan ke atas lesen oleh Lembaga. (2) Lembaga boleh pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab mengubah, menambah, memotong atau selainnya meminda syarat dan sekatan yang dikenakan ke atas lesen itu. (3) Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Pematuhan undang-undang lain 11. Pelesenan seseorang pemohon oleh Lembaga tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu pengiktirafan oleh Lembaga bahawa pemohon itu telah mematuhi kehendak mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai aktiviti yang pemohon bercadang hendak melibatkan diri di dalamnya menurut lesen itu atau sebagai mengecualikannya daripada mematuhi kehendak itu.
285
P.U. (A) 41.
Permohonan bagi membaharui lesen 12. Peraturan 6 hingga 8 hendaklah juga terpakai bagi sesuatu permohonan bagi membaharui lesen dan permohonan itu hendaklah dibuat tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh tamat tempoh lesen itu. Penyerahhakan lesen 13. (1) Tiada lesen boleh diserah hak oleh seorang pemegang lesen melainkan jika kelulusan bertulis daripada Lembaga diperoleh terlebih dahulu. (2) Seorang pemegang lesen boleh memohon untuk menyerahhak lesennya dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada Lembaga. (3) Lembaga boleh atas permohonan di bawah subperaturan (2), meluluskan penyerahhakan itu tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang boleh dikenakan oleh Lembaga dengan mengendorskan pada lesen, atau menolak untuk meluluskan penyerahhakan itu. Salinan lesen yang diperakui sah 14. (1) Pemegang lesen boleh memohon secara bertulis kepada Lembaga bagi suatu salinan lesen yang diperakui sah. (2) Suatu permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan yang menyatakan sebab-sebab bagi permohonan itu. (3) Lembaga boleh mengeluarkan salinan lesen yang diperakui sah kepada pemohon jika Lembaga berpuas hati bahawa salinan lesen yang diperakui sah itu dikehendaki atas alasan yang sah. Pempameran lesen dan slip pembaharuan lesen 15. (1) Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah mempamerkan lesen dan slip pembaharuan lesen di tempat yang mudah dilihat di premis-premis yang berlesen. (2) Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Pembatalan atau penggantungan lesen 16. (1) Jika Lembaga berpendapat bahawa mana-mana pemegang lesen telah melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan di bawah PeraturanPeraturan ini atau mana-mana syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas lesen itu, Lembaga boleh meminta pemegang lesen itu untuk menunjukkan sebab mengapa lesennya tidak patut dibatalkan.
P.U. (A) 41.
286
(2) Jika pemegang lesen gagal untuk menunjukkan sebab sebagaimana yang dikehendaki di bawah subperaturan (1), Lembaga boleh mengambil tindakan dengan menggantung lesen itu untuk tempoh tidak melebihi enam bulan. (3) Lembaga boleh melanjutkan tempoh penggantungan yang diberi kepada pemegang lesen itu di bawah subperaturan (2) bagi pemegang lesen mengambil tindakan pembetulan dan untuk mematuhi syarat lesen itu dan keseluruhan tempoh penggantungan itu hendaklah tidak melebihi dua belas bulan. (4) Jika pemegang lesen gagal mengambil tindakan pembetulan di bawah subperaturan (3), Lembaga boleh membatalkan lesen selepas tempoh penggantungan itu tamat. Penarikan balik lesen 17. Suatu lesen hendaklah ditarik balik jika—
(a) pemegang lesen itu tidak sempurna akal;
(b) pemegang lesen itu telah diisytiharkan muflis;
(c) pemegang lesen itu meninggal dunia;
(d) pemegang lesen itu telah disabitkan di atas mana-mana kesalahan jenayah yang berkaitan dengan fraud atau kecurangan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(e) dalam hal suatu syarikat, pemegang lesen itu telah digulungkan;
(f) dalam hal suatu perkongsian, pemegang lesen itu telah dibubarkan; atau
(g) lesen itu dorman, tanpa melakukan sebarang aktiviti atau transaksi sepanjang tempoh sah lesen itu yang dikeluarkan oleh Lembaga.
Kebenaran untuk memasuki premis berlesen 18. (1) Pemegang lesen hendaklah, apabila diminta oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa, membenarkan pegawai yang diberi kuasa itu memasuki premis dan hendaklah, jika dikehendaki, menunjukkan lesen dan apa-apa dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa. (2) Pegawai yang diberi kuasa boleh membuat salinan dokumen atau meminta salinan sah yang diperakui dihantar kepadanya dalam masa tujuh hari dari tarikh pemeriksaan. (3) Pegawai yang diberi kuasa hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Lembaga setelah pemeriksaan ke atas premis dibuat.
287
P.U. (A) 41.
Kebenaran untuk mengambil sampel 19. Pemegang lesen hendaklah, apabila diminta oleh pegawai yang diberi kuasa, membenarkan pegawai yang diberi kuasa mengambil sejumlah yang munasabah bahan tanaman koko, biji koko atau keluaran koko, sebagai sampel bagi tujuan penentuan kualiti dan pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah mengaku terima penerimaan bahan tanaman koko, biji koko atau keluaran koko, secara bertulis. Penggredan biji koko kering atau keluaran separa siap untuk dibeli, dsb. 20. (1) Tiada biji koko kering atau keluaran separa siap boleh dibeli, dijual, dieksport atau diimport melainkan jika ia telah digred mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (2) Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Larangan terhadap mengeksport dan mengimport bahan tanaman koko 21. (1) Bahan tanaman koko tidak boleh dieksport atau diimport tanpa kebenaran Lembaga. (2) Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Pengisytiharan pemindahan koko 22. Setiap pemindahan koko hendaklah diisytiharkan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. Fi 23. (1) Fi yang perlu dibayar di bawah Peraturan-Peraturan ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. (2) Fi hendaklah dibayar kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga. (3) Fi yang dikutip oleh Lembaga di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang.
P.U. (A) 41.
288
Borang 24. (1) Borang yang disenaraikan dalam Jadual Kedua hendaklah digunakan masing-masing bagi maksud yang disebut dalam borang itu. (2) Kandungan borang yang disenaraikan dalam Jadual Kedua adalah sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa. Pembatalan 25. Peraturan-Peraturan Lembaga Koko Malaysia (Pelesenan dan Penggredan) 1991 [P.U. (A) 198/1991] dibatalkan (“Peraturan-Peraturan yang dibatalkan”). Peruntukan kecualian dan peralihan 26. (1) Semua arahan dan perintah yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Peraturan-Peraturan ini. (2) Mana-mana lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah PeraturanPeraturan yang dibatalkan hendaklah, pada tarikh Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa, disifatkan sebagai dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini sehingga tamat tempoh lesen atau perakuan itu. (3) Semua permohonan atau kelulusan yang belum diputuskan di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan hendaklah, pada tarikh Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa, diuruskan oleh Lembaga di bawah Peraturan-Peraturan ini seolah-olah permohonan atau kelulusan itu dibuat di bawah Peraturan-Peraturan ini. (4) Apa-apa rayuan berkenaan suatu keputusan yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan, hendaklah diteruskan di hadapan Lembaga seolah-olah prosiding itu adalah berkenaan dengan keputusan di bawah Peraturan-Peraturan ini. (5) Sementara menunggu penentuan permohonan di bawah subperaturan (3), pemohon permohonan itu boleh terus menjalankan aktivitinya. (6) Mana-mana orang yang menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam peraturan 3 dan 4 sebelum mula berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan ini, hendaklah dikehendaki masing-masing untuk memohon lesen atau untuk mendaftar dengan Lembaga dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa.
P.U. (A) 41.
289 Jadual Pertama FI
(Peraturan 23) No.
Perihalan
Fi (RM)
1.
Lesen bagi pedagang koko
100.00/setahun
2.
Lesen bagi pedagang keluaran separa siap
1,000.00/setahun
3.
Lesen bagi pengisar koko
1,000.00/setahun
Jadual Kedua BORANG
(Peraturan 24) No.
Peraturan
Borang
Tajuk
1.
Peraturan 6 dan 12
Borang 1
Permohonan/Pembaharuan lesen
2.
Peraturan 4
Borang 2
Pendaftaran
Dibuat 31 Januari 2012 [KPPK(S)440(14)16/1; PN(PU2)469/II]
Tan Sri Bernard Giluk Dompok Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
P.U. (A) 41.
290
MALAYSIAN COCOA BOARD (INCORPORATION) ACT 1988 Malaysian Cocoa Board Regulations 2012 ARRANGEMENT OF REGULATIONS Regulation
1. Citation and commencement
3. Licensing
2. Interpretation 4. Registration
5. Grader’s card
6. Application for licence
7. Further particulars and interview
8. Grant of approval for application of licence 9. Validity of licence
10. Compliance of conditions and restrictions imposed on the licence 11. Compliance with other laws
12. Application for renewal of licence 13. Assignment of licence
14. Certified true copy of licence
15. Exhibition of licence and licence renewal slip 16. Cancellation or suspension of licence 17. Revocation of licence
18. Permission to enter licensed premises 19. Permission to collect sample
20. Grading of dry cocoa beans or semi-processed products for purchase, etc.
21. Prohibition against exporting and importing cocoa planting materials 22. Declaration of transfer of cocoa 23. Fees
24. Forms
25. Revocation
26. Savings and transitional provisions First Schedule
Second Schedule
291
P.U. (A) 41.
MALAYSIAN COCOA BOARD (INCORPORATION) ACT 1988 Malaysian Cocoa Board Regulations 2012 In exercise of the powers conferred by section 11 of the Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 [Act 343], the Minister after consultation with the Board makes the following regulations: Citation and commencement 1. (1) These regulations may be cited as the Malaysian Cocoa Board Regulations 2012. (2) These Regulations come into operation on 10 February 2012. Interpretation 2. In these Regulations, unless the context otherwise requires— “cocoa grading agency” means any body, firm, company or statutory body registered with the Board to grade cocoa beans or cocoa products and issue a grading certificate for export or import purposes; “wet cocoa beans” means fresh cocoa beans collected after the cocoa pod is split; “dry cocoa beans” means cocoa beans that had passed through drying process; “fermentation” means a process whereby wet cocoa beans undergo biochemical changes that alter their physical appearance and the constituents of their nibs; “grade” means the determination of the grade for cocoa beans according to the standard determination declared pursuant to the Standards of Malaysia Act 1996 [Act 549]; “licence” means a licence issued under regulation 3; “semi-processed products” means cocoa liquor, cocoa butter, cocoa cake and cocoa powder; “purchase” includes to acquire for a consideration other than money; “processing wet cocoa beans” means any implementation of one or more activity relating to fermentation, drying, cleaning and segregation; “trader of semi-processed products” means a person who holds a valid licence to carry out the activity specified in subregulation 3(2);
P.U. (A) 41.
292
“trader of cocoa” means a person who holds a valid licence to carry out the activity specified in subregulation 3(1); “authorized officer” means any officer authorized under section 23 a of the Act; “grader” means any person including a cocoa grading agency, registered with the Board and holds a grader’s card issued by the Board; “grading” means the activity of determining the grade of cocoa beans, cocoa products or cocoa planting materials; “cocoa grinder” means a person who holds a valid licence to carry out the activity specified in subregulation 3(3); “wet cocoa beans dealer” means any person who purchases and processes wet cocoa beans into dry cocoa beans; “licensed premises” refer to the premises mentioned in the licence; and “registration” means a registration of any activity under regulation 4. Licensing 3. (1) Any person who—
(a) purchases, sells, transfers and stores cocoa planting materials;
(b) purchases or processes wet cocoa beans;
(c) purchases, sells, imports or exports dry cocoa beans; or
(d) carries out a combination of any or all of the activities under paragraphs (a), (b) and (c),
shall apply for a valid licence as a trader of cocoa with the Board. (2) Any person who purchases, sells, transfers, stores, imports or exports semi-processed products shall apply for a valid licence as a trader of semiprocessed products with the Board. (3) Any person who grinds purchased or imported dry cocoa beans into semi-processed products for sale or export purpose shall apply for a valid licence as a cocoa grinder with the Board. (4) Any person who contravenes this regulation commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding two years or to both.
293
P.U. (A) 41.
Registration 4. (1) Any person who—
(a) owns less than six hectares of cocoa plantation and processes wet cocoa beans, shall register with the Board as a smallholder; or
(b) supplies free cocoa planting materials, shall register with the Board as a dealer of cocoa planting materials.
(2) Subject to regulation 5, any person who inspects and grades dry cocoa beans and issues a grading certificate for import and export purposes shall register with the Board as a grader. (3) Any registration made under subregulation (1) or (2) shall be made in Form 2 as specified in the Second Schedule. (4) Any person who contravenes this regulation commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding six months or to both. Grader’s card 5. For the purpose of subregulation 4(2), each grader shall posses a grader’s card issued by the Board in any manner and form as may be determined by the Board. Application for licence 6. An application for a licence under regulation 3 shall be made in Form 1 as set out in the Second Schedule. Further particulars and interview 7. (1) Upon receiving an application for a licence, the Board may, if it requires further or other particulars, information or documents to enable it to fairly consider the application, require the applicant to supply the particulars, information or documents or to appear before the Board or any committee or officer thereof to be interviewed. (2) In a case where an appearance of the applicant is required by the Board, he may appear in person or by a person authorized in writing to appear on behalf of the applicant. Grant of approval for application of licence 8. (1) Upon approval of an application made under regulation 6, the Board shall cause a notice to be sent to the applicant informing him of the approval, and the conditions and restrictions that the Board has decided to impose on the licence together with the requirement to submit the payment of fee for the licence as set out in the First Schedule.
P.U. (A) 41.
294
(2) Upon receipt of the fee under subregulation (1), the Board shall issue to the licensee, the appropriate licence, subject to the conditions and restrictions which may be imposed by the Board. (3) The licence issued by the Board under subregulation (2) shall be signed by the Director General or any other officer authorized in writing by the Board. Validity of licence 9. Every licence issued or renewed shall be valid for a period of one year or for such longer period but not exceeding five years as the Board may determine from the date it is issued or renewed. Compliance of conditions and restrictions imposed on the licence 10. (1) No person shall breach the conditions and restrictions imposed on the licence by the Board. (2) The Board may at any time without assigning any reason vary, add to, delete from or otherwise amend such conditions and restrictions imposed on the licence. (3) Any person who contravenes subregulation (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding six months or to both. Compliance with other laws 11. The licensing of an applicant by the Board shall not be construed as a recognition by the Board that the applicant has complied with the requirements of any other written law affecting the activities that the applicant proposes to engage in by virtue of the licence or as exempting him from compliance with those requirements. Application for renewal of licence 12. Regulations 6 to 8 shall also apply to an application for the renewal of a licence and such application shall be made not less than seven days before the date of expiry of the licence. Assignment of licence 13. (1) No licence shall be assigned by a licensee unless a written approval of the Board has been obtained.
295
P.U. (A) 41.
(2) A licensee may apply to assign his licence by submitting a written application to the Board. (3) The Board may on such application under subregulation (2), approve the assignment subject to such terms or conditions as the Board may impose by making an endorsement on the licence, or refuse to approve the assignment. Certified true copy of licence 14. (1) A licensee may apply in writing to the Board for a certified true copy of the licence. (2) An application under subregulation (1) shall be accompanied with a statement specifying the reasons for the application. (3) The Board may issue a certified true copy of the licence to the applicant if the Board is satisfied that the certified true copy of the licence is required due to valid reasons. Exhibition of licence and licence renewal slip 15. (1) Every licensee shall exhibit the licence and the licence renewal slip in a conspicuous place in the licensed premises. (2) Any person who contravenes subregulation (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding six months or to both. Cancellation or suspension of licence 16. (1) If it appears to the Board that any licensee has contravened or failed to comply with any provision under these Regulations or any condition or restriction imposed under the licence, the Board may call the licensee to show reasons why his licence should not be cancelled. (2) If the licensee has failed to show reasons as required under subregulation (1), the Board may take action by suspending the licence for a term not exceeding six months. (3) The Board may extend the suspension period given to the licensee under subregulation (2) in order for the licensee to take corrective action and to comply to the conditions of the licence and the total duration of such suspension shall not exceed twelve months.
P.U. (A) 41.
296
(4) If the licensee has failed to take any corrective action under subregulation (3), the Board may cancel the licence after the suspension period expired. Revocation of licence 17. A licence shall be revoked if—
(a) the licensee is of unsound mind;
(b) the licensee has been declared bankrupt;
(c) the licensee dies;
(d) the licensee has been convicted of any criminal offence relating to fraud or dishonesty under any written law;
(e) in the case of a company, the licensee has been wound-up;
(f) in the case of a partnership, the licensee has been dissolved; or
(g) the licence is dormant, without doing any activity or transaction throughout the validity period of such licence issued by the Board.
Permission to enter licensed premises 18. (1) The licensee shall, on demand by any authorized officer, permit the authorized officer to enter the premises and shall, if required, produce his licence and any other documents as required by the authorized officer. (2) The authorized officer may make copies of the document or request that certified true copies be sent to him within seven days from the date of inspection. (3) The authorized officer shall submit a report to the Board after conducting inspection on the premise. Permission to collect sample 19. The licensee shall, on demand by any authorized officer, permit the authorized officer to take a reasonable amount of the cocoa planting materials, cocoa beans or cocoa products, as a sample for the purpose of quality determination and the authorized officer shall acknowledge receipt of the cocoa planting materials, cocoa beans or cocoa products, in writing. Grading of dry cocoa beans or semi-processed products for purchase, etc. 20. (1) No dry cocoa beans or semi-processed products shall be purchased, sold, exported or imported unless it has been graded in any manner as the Board may determine.
297
P.U. (A) 41.
(2) Any person who contravenes subregulation (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding six months or to both. Prohibition against exporting and importing cocoa planting materials 21. (1) No cocoa planting materials shall be exported or imported without permission from the Board. (2) Any person who contravenes subregulation (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding twenty five thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding two years or to both. Declaration of transfer of cocoa 22. Each transfer of cocoa shall be declared in the manner as may be determined by the Board. Fees 23. (1) The fees payable under these Regulations are as set out in the First Schedule. (2) The fees shall be paid to the Board in any manner as the Board may direct. (3) The fees collected by the Board under these Regulations shall be paid into the Fund. Forms 24. (1) The forms listed in the Second Schedule shall be used for the purposes mentioned in the respective forms. (2) The contents of the forms listed in the Second Schedule shall be such as may from time to time, be determined by the Board. Revocation 25. The Malaysian Cocoa Board (Licensing and Grading) Regulations 1991 [P.U. (A) 198/1991] are revoked (“the revoked Regulations”).
P.U. (A) 41.
298
Savings and transitional provisions 26. (1) All directions and orders made under the revoked Regulations shall continue to be in force and have effect until it is amended or revoked under these Regulations. (2) Any licence or certificate issued under the revoked Regulations shall, on the date these Regulations come into force, be deemed to be issued under these Regulations until the expiry of the licence or certificate. (3) All applications or approvals pending under the revoked Regulations shall, on the date these Regulations come into force, be dealt with by the Board under these Regulations as if the application or approval has been made under these Regulations. (4) Any appeal regarding a decision made under the revoked Regulations, shall continue before the Board as if the proceedings is in respect of a decision under these Regulations. (5) Pending the determination of the application under subregulation (3), the applicant of such application may continue to undertake his activity. (6) Any person carrying out any activity mentioned in regulations 3 and 4 before the coming into operation of these Regulations, shall be required to apply for such licence or to register with the Board respectively within a period of ninety days from the date these Regulations come into force.
First Schedule FEES
(Regulation 23) No.
Description
Fees (RM)
1.
Licence for trader of cocoa
100.00/annum
2.
Licence for trader of semi-processed products
1,000.00/annum
3.
Licence for cocoa grinder
1,000.00/annum
P.U. (A) 41.
299 Second Schedule FORMS
(Regulation 24) No.
Regulation
Form
Title
1.
Regulations 6 and 12
Form 1
Application/Renewal of licence
2.
Regulation 4
Form 2
Registration
Made 31 January 2012 [KPPK(S)440(14)16/1; PN(PU2)469/II]
Tan Sri Bernard Giluk Dompok Minister of Plantation Industries and Commodities
Hakcipta Pencetak
H
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/ atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA